Thursday, March 22, 2012

Program Solat Hajat, Yaasin, Tahlil Perdana dan Majlis Pengijazahan Ilmu


Program tersebut telah diadakan pada 23 Feb 2012 bertempat di Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Pahang dengan kerjasama dari Alumni dan Uitm Pahang. Team dari KL yang terdiri dari Mr Presiden kita Halem, Rozlan, Radzi, Milah, Shake, Tilah, Kak Sue and Sheena telah bergerak dari Gombak around 5.30 ptg dan sampai di Jengka just before Magrib. Team dari Kuantan pulak yang terdiri dari Deputy Presiden Amy Jarr, Nasry dan Sarip tiba sometimes Magrib gak.  Kami yang dari Johor bertolak pukul 3.30 ptg and telah sampai agak lewat lebih kurang 9.30 mlm disebabkan perjalanan yang agak jauh. Geng2 Alumni KL telah diraikan di rumah tetamu dengan sajian ringan sebelum majlis bermula.




Radzi, Sarip, Amy Jarr dan Nasri sedang menikmati makanan yang disediakan...




Bacaan Yaasin diketuai oleh Ustazah Tila (ahaks)..
Setelah tawaf beberapa kali di Kampus Uitm disebabkan direction yang diberi salah dan hari pun gelap almaklumlah la mata kurang terang...ahaks...akhirnya sampai gak kami di Masjid Uwais walaupun majlis telah separuh berjalan. Sempat lah kami mendengar Nasry, Radzi and Halem berucap memberikan kata semangat pada anak2 kita di Uitm Pahang yang akan menempuh peperiksaaan tidak lama lagi. Mereka sempat menceritakan suka duka semasa belajar di ITM Pahang. Rasanya bertuah sungguh pelajar2 sekarang ini kerana ada majlis seperti ini yang boleh menaikan semangat mereka.


Rektor Uitm Pahang Prof. Madya Dato' Dr Haji Hilmi Ab Rahman

Mr Presiden

 Nasry

 Radzi


Selesai majlis jamuan ringan telah diadakan, bubur lambuk, cempedak goreng antara menunya.  Buat setengah dari kami walaupun dah penah belajar di Kuantan dan ada yang bernikah ngan orang pahang tapi inilah pertama kali kami merasa bubur lambuk pahang yang sodappp...lain dari yang selalunya, rasa nak tapau balik aje tapi biasalah maintan...ahaks. Bubur lambuk ini telah dibuat sendiri oleh kakitangan Uitm Pahang dan juga pelajar2nya dari petang. 
 
Antara orang kuat UitM Pahang - Faizat

Yang paling seronok ialah kesempatan berjumpa ngan Bro Sarip setelah berpuluh tahun tidak berjumpa and yang penting dia tak berubah tetap seperti dulu.  Bagi pihak Alumni kami amat berterimakasih kepada pihak UiTM khususnya dan juga kepada kawan2 yang sudi hadir walaupun keje esokan harinya dan kepada Kamal yang telah memberikan Kicap Nabila tuk semua VIP dan Alumni. Seperti biasa perkara wajib yang dibuat ialah bergambar beramai2 untuk kenangan...UITM SENTIASA DI HATI!!!




















No comments:

Post a Comment